Sejarah Ahmadiyah – Asal usul Ahmadiah Indonesia. Ahmadiah
merupakan sebuah gerakan keagamaan Islam yang didirikan pada tahun 1889 di
Negara bagian Punjab, India tepatnya di Qadian, didirikan oleh Mirza Ghulam
Ahmad yang mengaku sebagai Mujaddid, al Masih dan al Mahdi. Jemaat ini
merupakan organisasi keagamaan international yang telah tersebar ke lebih dari
185 negara di dunia. Pergerakan Jemaat Ahmadiyah dalam Islam adalah suatu
organisasi keagamaan dengan ruang lingkup internasional yang memiliki cabang di
174 negara tersebar di berbagai belahan dunia seperti Afrika, Amerika Utara,
Amerika Selatan, Asia, Australia, Eropa dan termasuk Indonesia. Jemaat
Ahmadiyah Internasional juga telah menerjemahkan al Quran ke dalam
bahasa-bahasa besar di dunia, sedangkan Jemaat Ahmadiyah di Indonesia telah
menerjemahkan al Quran dalam bahasa Indonesia, Sunda, dan Jawa.
Para pengikut Ahmadiyah, yang disebut sebagai Ahmadi
atau Muslim Ahmadi, terbagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama ialah
“Ahmadiyya Muslim Jama’at” (Ahmadiyah Qadian) Pengikut kelompok ini di Indonesia
membentuk organisasi bernama Jemaat Ahmadiyah Indonesia, yang telah berbadan
hukum sejak 1953 (SK Menteri Kehakiman RI No. JA 5/23/13 Tgl. 13-3-1953).
Kelompok kedua ialah “Ahmadiyya Anjuman Isha’at-e-Islam Lahore” (Ahmadiyah Lahore). Di Indonesia, pengikut
kelompok ini membentuk organisasi bernama Gerakan Ahmadiyah Indonesia, yang
mendapat Badan Hukum Nomor I x tanggal 30 April 1930. Anggaran Dasar organisasi
diumumkan Berita Negara tanggal 28 November 1986 Nomor 95 Lampiran Nomor 35.
Atas nama Pemerintah Indonesia, Menteri Agama, Menteri Dalam Negeri, dan Jaksa
Agung Indonesia pada tanggal 9 Juni 2008 telah mengeluarkan Surat Keputusan
Bersama, yang memerintahkan kepada penganut Ahmadiyah untuk menghentikan
kegiatannya yang bertentangan dengan Islam.
Sejarah Penyebaran Ahmadiyah di Indonesia
Pesan
Sponsor
Kejadian manusia menurut al-qur’an - Para ahli dari barat baru
menemukan masalah pertumbuhan embrio secara bertahap pada tahun 1940 dan baru
dibuktikan pada tahun 1955, tetapi dalam Al Qur’an dan Hadits yang diturunkan
15 abad lalu hal ini sudah tercantum. Ini sangat mengagumkan bagi salah seorang
embriolog terkemuka dari Amerika yaitu Prof. Dr. Keith Moore, beliau mengatakan
: “Saya takjub pada keakuratan ilmiah pernyataan Al Qur’an yang diturunkan
pada abad ke-7 M itu”. Selain iti beliau juga mengatakan, “Dari ungkapan Al
Qur’an dan hadits banyak mengilhami para scientist (ilmuwan) sekarang untuk
mengetahui perkembangan hidup manusia yang diawali dengan sel tunggal (zygote)
yang terbentuk ketika ovum (sel kelamin betina) dibuahi oleh sperma (sel
kelamin jantan). Kesemuanya itu belum diketahui oleh Spalanzani sampai dengan
eksperimennya pada abad ke-18, demikian pula ide tentang perkembangan yang
dihasilkan dari perencanaan genetik dari kromosom zygote belum ditemukan sampai
akhir abad ke-19. Tetapi jauh ebelumnya Al Qur’an telah menegaskan dari nutfah
Dia (Allah) menciptakannya dan kemudian (hadits menjelaskan bahwa Allah)
menentukan sifat-sifat dan nasibnya.”
Sebagai bukti yang konkrit di dalam penelitian ilmu
genetika (janin) bahwa selama embrio berada di dalam kandungan ada tiga
selubung yang menutupinya yaitu dinding abdomen (perut) ibu, dinding uterus (rahim),
dan lapisan tipis amichirionic (kegelapan di dalam perut, kegelapan dalam
rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup/membungkus anak dalam rahim).
Hal ini ternyata sangat cocok dengan apa yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al
Qur’an :
“…Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi
kejadian dalam tiga kegelapan (kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim,
dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim)…” (QS. Az Zumar (39)
: 6).
Pesan
Sponsor
Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia
mengendalikan alam semesta menurut kehendak-Nya sesuai fungsi dan peran yang
spesifik. Berikut adalah proses kejadian manusia menurut Al-Qur’an:
Peringkat Satu
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau
minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2
” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada
setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah
dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah
ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada
telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada
perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat
di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani
lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan
anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan
lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan
fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
Peringkat Kedua
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama /
hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan
tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah
menjadi alaqah.
Firman Allah :
” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”
(al-Mukminun : 14)
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna
segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah
sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu
alaqah mempunyai beberapa maksud :
• sesuatu yang bergantung atau melekat
• pacat atau lintah
• suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama
hingga minggu ketiga di dalam rahim.
Peringkat Ketiga
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.
Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah
al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah :
“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging” (al-Mukminun : 14)
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf
tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan
bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai
saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Peringkat Keempat
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan
ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan
oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus
rangka tersebut.
Firman Allah:
“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam
da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging” (al-Mukminun : 14)
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu
sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan
tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan
saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air
kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan
juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada
minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Peringkat Kelima
NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu
kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi
embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang
janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada
bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel
bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.
Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi
sahaja.
Peringkat Ke Enam
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan
bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya
sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan
selepas terbentuknya organ-organ
tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan
mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti
roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian
insan disisi Allah s.w.t. (Sumber: dari berbagai sumber)